Friday, 7 September 2012

Smart GPU


Celoteh kali ni admin nk kongsikan pasal "Smart GPU".
Smart GPU ni mcm LCD biasa cuma dia digabungkan dengan touchscreen nye component.So korng leh lah buat program2 sendiri yg dikawal oleh touchscreen.



Touch screen konsep dia same je mcm push button cuma dalam touch screen korng menggunakan coordinat X dan Y.
Smart gpu ni berukuran Y:240 X:320 cuba darabkan??(tengah cri kalculator ni he3)
240 x 320 = "76800".
Maksudnye korang mempunyai "76800 " push button(suis tekan) dekat smartgpu.


Ni merupakan gambar belakang smartgpu 2.Siap dengan micro SD card yg boleh support sampai 32GB.




Cara dia berfungsi??
Okay2 admin cite sikit.Smart GPU berfungsi sebagai slave device kira nye korng guna lah mne2 microcontroller mcm PIC,ARDUINO,AVR dan lain2 untuk kawal  Smart GPU(kira microcontoller akan menjadi master device).So master device control slave device .Communicated mengunakan fungsi RX(receive) dan TX(transmit).

Coding?????
he3.. g lah website ni vizictechnologies .

Bawah ni video Smart GPU yg admin buat untuk project final admin


Video - video lain g lah kat website vizictechnologies ni..

^^..Sekian Celoteh kali ni.. bye2....

Tuesday, 28 August 2012

Ape tu "Oppa Gangam Style"??


Apa itu Oppa Gangnam Style ? Kenapa tiba-tiba perkataan Gangnam Stlye mula menjadi perhatian hinggakan terdapat beberapa video raya ala Gangnam Stlye ?

Fenomena Gangnam Stlye datangnya dari lagu korea berjudul Oppa Gangnam Stlye nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho). Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul dan kawasan ini dikatakan kawasan high class.

Video Oppa Gangnam Stlye mendapat hampir 50 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.

Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.

Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.





Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari Girls Generation, Hyuna.


Lagu berkenaan bukan saja mendapat perhatian dari masyarakat Asia, malah Negara seperti United States, England dan Perancis turut memperkatakan tentangnya.


Ternyata selepas kehadiran beberapa kumpulan muzik Korea seperti Wonder Girls, Super Junior, Girls Generation dan The Big Bang Theory, kini Psy mengambil tempat dihati pengemar muzik Korea malah lebih membanggakan apabila Psy bergerak sebagai penyanyi solo.




Dibawah ini video muzik Oppa Gangnam Stlye.





Dan dibawah ini pula satu video -video Oppa Gangnam Stlye yang sedang femes di laman sosial. 







Okay2 je admin nk kongsikan..

credit to jomss layan

Friday, 24 August 2012

Bayangkan Dunia Tanpa Muslim..


Mari kita bayangkan dunia TANPA MUSLIM, bolehkah kita?
Tanpa orang Muslim, kita tidak mungkin akan ada:
  • Kopi
  • Kamera
  • Experimen Fizik
  • Sabun
  • Shampu
  • Pewangi / Spirit
  • Projek pengairan
  • Aci engkol, internal combustion engine, injap, piston
  • Kunci gabungan
  • Peralatan pembedahan
  • Ubat Bius
  • Kincir angin
  • Rawatan Cacar
  • Sistem penomboran
  • Algebra/Trigonometry
  • Kaca kristal
  • Karpet
  • Universiti
  • Optik
  • Berus gigi
  • Hospital
  • Kompas Pelayaran
  • Pendulum
  • Braille
  • Kosmetik
  • Pembedahan Plastik
  • Kaligrafi
Orang Islam yang menyedari bahawa cahaya memasuki mata kita, tidak seperti orang-orang Yunani yang mengatakan kita memancar cahaya, dan hasilnya adalah penciptaan kamera dari penemuan ini.
Orang Muslim adalah yang pertama  untuk membuat cubaan terbang pada tahun 852, walaupun begitu, Wright bersaudara yang telah mendapat nama
Seorang Muslim yang bernama Jabir ibn Hayyan dikenali sebagai pengasas Kimia moden. Beliau pencipta proses: penyulingan, penulenan, pengoksidaan, penyejatan, dan penurasan. Beliau juga menemui asid sulfurik dan nitrik.
Seorang muslim yang bernama  Al-Jazari juga dikenali sebagai bapa robotik
Arkitek istana Henry V adalah seorang Muslim
Orang Muslim yang mencipta jarum berongga untuk menyedut kataraks dari mata, teknik yang masih digunakan sehingga hari ini.
Orang Muslim adalah yang sebenar menemui inokulasi, bukan Jenner dan Pasteur untuk merawat cacar. Barat hanya membawanya dari Turki
Orang-orang Islam yang telah banyak menyumbang kepada matematik seperti algebra dan trigonometri, yang telah diimport ke Eropah dan 300 tahun kemudian mereka meluaskan kepada Fibonnaci dan selebihnya.
Orang-orang Islam yang mendapati bahawa bumi ini bulat 500 tahun sebelum Galileo.

Senarai ini semakin tersingkap dan bertambah..

Cuba bayangkan dunia tanpa Islam. Sekarang saya rasa anda mungkin  membayangkan DUNIA TANPA pengganas. Tetapi kenapa terus mengaitkan Islam dengan aktiviti  “TERRORIST?”, tetapi dalam masa yang sama menyorokkan fakta sumbangan umat Islam?
Ni je admin nk kongsikan kali ni..sekian..
Credit To Aku Islam 


Koleksi - Koleksi Video Ustaz Azhar Idrus


Biodata :

Nama :

Ustaz Azhar Bin Idrus

Tarikh Lahir:

12 Februari 1964

Berasal:

Ladang,Kuala Terengganu, Terengganu

Hobi :

Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi

Pendidikan  :

1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6) 
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

 Pengalaman :

1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya

Koleksi-koleksi video ustaz azhar idrus :


Belanja kawin mahal



Bertaubat


Berwuduk



Bagi kamu agama kamu



Bini Jahat

Okay ni je admin nak kongsikan kali ni..^^


Koleksi - Koleksi Video Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Biodata :

NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang

JAWATAN:
  • Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
  • MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
  • Pensyarah USM, Prof Madya Bahagian Pengajian Islam, Pengkhususan Hadith
  • Fellow OCIS, Oxford University, Oxford (2011-2012)
  • Ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs)
Bawah ni koleksi-koleksi video Dr. Mohd Asri Zainul Abidin :


Jangan Bersedih Lagi


Bilal Bin Rabah


Dr AsriI-Dimanakah Engkau Wahai Umar?



Dr. Asri Zainal Abidin - Doa & Taubat


Dr Asri Sekiranya Ini Detik Terakhir

Ni je admin leh kongsikan nanti admin post lagi kalau berkesempatan insyahallah.. ^^


bagaimana π(Pi) diterbitkan???


Seperti kita tahu  π =  3.1429  yg merupakan pemalar untuk segala ukuran yg berkaitan dengan bulatan.

Tpi mcm mne leh dpt nilai  " 3.1429  "???

π = C/d 

 Dalam bahasa melayu nye Pi(π ) = Ukuran lilitan bulatan(C) dibahagi dengan  diameter(d).

So bermaksud ambik lah mne2 bulatan kat dunia ni pastu ukur lilitan bulatan(C) nye dan bahagikan
dengan radius(d) akan dapat nilai π =  3.1429 .

Admin nak ceritakan sikit tentang sejarah penerbitan permalar Pi ni. 
Scroll kat bawah ni k.Wink


Apa itu pi? Pi adalah konstan di mana nilainya ditakrifkan sebagai nisbah lilitan bulatan kepada diameternya. Simbol π merupakan huruf Yunani yang disebut dengan nama pi. Simbol π telah diperkenalkan oleh William Jones seorang ahli matematik Welsh pada tahun 1707 akan tetapi tidak mendapat sambutan. Pada 1737, Leonhard Euler (ahli matematik dan fizik Swiss) secara rasminya mempopular simbol π untuk mewakili nilai pi dan digunakan sehingga hari ini.

     Nilai pi telah wujud beribu-ribu tahun dahulu. Tetapi tiada siapa yang mengetahui orang pertama yang menjumpai nilai pi. Bukti awal wujudnya nilai pi adalah menerusi orang-orang Babylonia dan Mesir di mana mereka telah menggunakan nilai pi untuk mencari luas bulatan. Menurut Ahmes dalam Rhind Papyrus (k.k. 1650 SM), orang Mesir memberi nilai terhampir untuk pi bersamaan 3.160484. Manakala menurut tablet Babylonia (k.k. 1900-1680 SM), orang Babylonia menganggarkan nilai pi bersamaan 3.125.

     Anggaran nilai-nilai pi ini dikatakan kurang tepat kerana orang Mesir dan Babylonia mendapatkan nilai pi dengan mengukur objek-objek yang berbentuk bulat. Hakikatnya pada waktu itu objek mereka tidaklah berbentuk bulat secara zahirnya.

     Kira-kira 200 SM, Archimedes telah muncul sebagai orang pertama yang mendapatkan anggaran nilai pi secara teori pengiraan. Archimedes membuktikannya dengan melukis poligon yang lebih besar di luar sebuah bulatan dan poligon yang lebih kecil di dalam bulatan tersebut.


     Apabila bilangan sisi poligon bertambah, poligon itu akan membentuk seperti bulatan. Archimedes menggunakan poligon yang mempunyai 96 sisi dan mengambil ukuran panjang sisi poligon tersebut. Kemudian Archimedes telah membuktikan bahawa nilai pi terletak di antara 22/7 (≈  3.1429 ) dan 223/71 (≈ 3.1408).

     Archimedes tidaklah mengemukakan nilai pi yang sebenar sebaliknya memberikan nilai pi yang lebih hampir dan anggaran ini lebih baik daripada orang Mesir dan Babylonia. Perjuangan Archimedes tidak terhenti setakat ini kerana terdapat ramai lagi ahli-ahli matematik yang lain yang berusaha mendapatkan anggaran nilai pi yang lebih baik. Contohnya seperti berikut, 

 Ptolemy 
k.k. 150      3.1416 
 Zu Chongzhi430-501    355/113
 al-Khwarizmi  k.k. 800      3.1416
 al-Kashi k.k. 1430
       14
titik perpuluhan
 Viete 1540-1603  
        9
titik perpuluhan
 Roomen 1561-1615
       17
titik perpuluhan
 Van Ceulen k.k. 1600
       35
titik perpuluhan 

     Walaupun nilai pi yang dikemukakan oleh ahli-ahli matematik terdahulu bukanlah nilai sebenar, akan tetapi sumbangan mereka itu sangat membantu kita pada hari ini. Nilai pi yang lazim digunakan pada masa kini adalah 22/7 (≈   3.1429  Wink


Sekian Celoteh kali ni..... 123....bye3...
credit to  Sejarah Pi

Thursday, 5 July 2012

TEKNIK DAPAT EMAS DALAM PROSESSOR KOMPUTER


GENIUS: TEKNIK DAPAT EMAS DALAM PROSESSOR KOMPUTER| Seperti yang kita ketahui dalam setiap komputer kita mempunya sebuah prosessor yang dimana di dalamnya terdapat emas, namun dari hasi yang dilihat emas tersebut tak la sebesar mana tapi nilainya tak tahulah bagaimana? :) .
Laporan dibawah menunjukkan proses mendapatkan emas dari prosessor komputer, kaedah memang agak rumit tapi kalau benar jadi hasilnya memang lumayan. Kalau korang ada prosessor komputer yang dah rosak boleh la cuba. Risiko tak dijamin :) …




Sekian celote kali ini..^^
Credit TO : kurakura

Wednesday, 4 July 2012

Magic Trick Jeng..jeng..jeng


Admin kali ni kan celoteh pasal Magic Trick.
Salah 1 peraturan magic yg admin tahu lah xleh adakan aksi yg sama buat kali ke-2..
so tngok le video yg admin nk share ni...he3..enjoy..

A)Belon Trick


1. Brg2 yg digunakan


2. Performance


B)Coin Trick


1.Bawah ni Brg2 yg digunakan


C)Card Trick


1.Performance



D)Pensel Trick


1.Performance


E)PEN TRICK



1.Performance 


F)SPOON TRICK


1.Performance


Okay2 .... Ni je celoteh untuk kali ni t ada ape2 admin kongsikan lgi..^^
(nk tido sebenarnye)..hahahha

TIP : Create Password Folder

Hai2 ^^ admin nk kosingkan sikit tip nk buat password kat folder.So korng je boleh bukak folder 2 klau password betul lah...

1.copy code kat bawah ni  dan paste kat notepad:
(mcm kat bawah ni)
*yg warna merah 2 gantikan ngan "password" yg korng nk
@ECHO OFF
title Folder FAILRAHSIA
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST FAILRAHSIA goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo YOU WANT SAVE FAILRAHSIA ? (Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo CLICK Y OR N.
goto CONFIRM
:LOCK
ren FAILRAHSIA "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo FAILRAHSIA IS LOCK
goto End
:UNLOCK
echo PLEASE IN INSERT PASSWORD
set/p "pass=>"
if NOT %pass%== masukkanpassword goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" FAILRAHSIA
echo FAILRAHSIA IS OPEN
goto End
:FAIL
echo WRONG Password 
goto end
:MDLOCKER
md FAILRAHSIA
echo FAILRAHSIA Sukses di buat
goto End
:End

Mcm kat bawah ni admin guna password 123





2.File >Save As>"name.bat"
*kat name 2 leh gantikan ngan ape2 nama tpi mesti ada ".bat"



3. Folder akan muncul kat tempat korng save..^^ click je... t sistem akan minta password korang masukkan ngan betul baru folder keluar...

*tpi mse2 mula2 folder keluar sistem x minta password..pas korng simpan2 balik folder 2 bru sistem minta password..^^ gud luck..ape2 pertanyaan sila comment kat bawah k..




Sekian celoteh kali ini..^^ Tata Tutu Titi

Thursday, 28 June 2012

LAWAK:KERETAPI..^ ^


RAMLI,LIM dan ROZAIMI sedang menunggu keretapi di stesyen keretapi Seremban. Dia orang bertiga kalau dah berjumpa macam-macam cerita di borakkan sehingga terlepas keretapi yang hendak dinaiki.
Apabila perasan keretapi dah bergerak, mereka bertiga berlari pecut mengejar keretapi tersebut.
Macam filem stunt, RAMLI dan LIM berjaya juga lompat dan menaiki keretapi tersebut tetapi ROZAIMI  tak dapat naik.
Walau macamanapun  ROZAIMI    kelihatan ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling tepi landasan. Pekerja KTM yang melihat aksi mereka dari tadi berasa pelik dan menghampiri  ROZAIMI..
Pekerja KTM: “Kenapa encik ketawa? Bukan ker encik tak berjaya mengejar keretapi tadi?
ROZAIMI  :”Sebenarnya yang naik keretapi tadi saya seorang, diaorang berdua hanya hantar jer…wakakakak”

Credit to : ZON LAWAK

JERMAN VS ITALI


Team mne agak nye menang??admin sokong jerman..hahaahahhaa

Admin rasa 2-1 kot....hahhaaa....bawah ni merupaka barisan2 pemain2 germany..




Hebat2 kan??mesut ozil antara pemain  favorite admin  selain klose,gomez dan lain2 .mesut ozil perancang terbaek tuk jerman ..hahahaa... lgi pon dia seorng muslim..^^(coz 2 minat bangat )
walaupon x banyak gol mesut ozil jaringkan.tpi dia ni mcm org pentinglah untuk kesebelasan utama jerman ni....^^

bangat : merupakan bahasa indon yg bermaksud sangat2 (dekat2 je kan bunyi dia)

0

GO!!!GO!!!!GO!!! JERMAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sekian tuk celoteh kali ni.....bb ape2pon itali juga pasukan yg hebat.....hahhaaha..